Sunday, August 24, 2008

KOLEKSI PRODUK KAMI

PRODUK KAMI

Di Arroyyan Management Services, kami turut menjual produk berupa e-book. Berikut adalah e-book yang ditawarkan oleh pihak kami.

KOLEKSI CONTOH-CONTOH RANCANGAN PERNIAGAAN (VOLUME I)

Di Datangkan dalam bentuk CD dan download

Saiz File : 101 MB

KOLEKSI CONTOH-CONTOH RANCANGAN PERNIAGAAN (VOLUME 1)

Antara isi kandungannya :
Format kertas kerja pinjaman –Format Bank Pembangunan, TEKUN, Format Pertanian.berserta contoh-contoh


Contoh lampiran dalam kertas kerja.

  1. Cyber cafe
  2. Komputer Reseller
  3. Butik Kecantikan
  4. Cendawan
  5. Mini Market (koperasi)
  6. Francais penanaman Pisang
  7. Makanan Ringan
  8. pertenakan Lembu
  9. Pertenakan Kambing
  10. Sulaman Dan jahitan : embiodary
  11. Salun


  • Lembaran kerja (Excell) bagi aliran tunai, unjuran untungrugi, unjiran Kunci Kira-kira

  • Contoh kertas kerja bagi syarikat multinasional

Format PDF & WORD
CAJ PELANGGAN RM1500.00 Harga RM49.90 RM99.90


PANDUAN PERCUKAIAN INDIVIDU

PANDUAN PERCUKAIAN INDIVIDU
Panduan lengakap tentang percukaian individu meliputi cara pengisian BOrang B LHDN, LEMBARAN KERJA dalam bentuk excell bagi di lampirkan dalam borang B dan perakaunan bagi milikan tunggal.
Mengapa harus membayar lebih kepada egen cukai kalau anda mampu lakukan sendiri.
Format PDF
Harga RM20.00

KOLEKSI KERTAS KERJA PINJAMAN (VOLUME II)

saiz File : 82.2 MB



TERBARU !!

KOLEKSI KERTAS KERJA PINJAMAN PERNIAGAAN ( VOLUME II)

ISI KANDUNGAN :

koleksi kertas kerja pinjaman bagi :

  1. Kedai Dobi (1) : MARA
  2. Kedai Dobi (2) : Loan RM 25,000
  3. Penanaman Buah Naga
  4. Pertanian: Tanaman Sayuran
  5. Ikan Keli : Kolam
  6. Kedai Jahitan
  7. butik Pakaian : PUNB
  8. Cyber Cafe & Komputer Reseller : TERBARU
  9. Frozen Food
  10. butik Kecantikan : STEB
  11. Perusahaan Makanan Coklat
  12. Kertas kerja bagi syarikat international
  • Lembaran kerja penyata untung rugi, aliran tunai dll
  • Format kertas kerja dan rancangan perniagaan

Koleksi kami adalah contoh kertas kerja yang sempurna dan lengkap dari A-Z

anda boleh terus edit

Didatangkan dalam bentuk e-book dan CD

Format WORD /EXCELL
Harga RM49.90


CONTOH-CONTOH KERTAS KERJA TAMBAHAN

CONTOH-CONTOH KERTAS KERJA TAMBAHAN
  • Percuma dengan pembelian set lengkap. Anda akan mendapat contoh terbaru kertas-kerja terbaru yang mendapat kelulusan dari pihak Bank Pembangunan bagi pembelian mesin sulaman RM 118,000.00

  • Kertas kerja ini hanya boleh dibeli bersama dengan e-book contoh rancangan perniagaan kami sahaja dan tidak dijual berasingan

  • Contoh ini akan dihantar dalam bentuk word dan anda boleh menyunting mengikut perniagaan anda.

Format Microsoft Word (.doc)
CAJ PELANGGAN RM1500.00 Harga PERCUMA

PANDUAN FORMAT DAN PENULISAN RANCANGAN PERNIAGAAN

PANDUAN FORMAT DAN PENULISAN RANCANGAN PERNIAGAAN
Diberikan percumabagi pembelian contoh rancangan perniagaan diatas. Khas untuk pelanggan kami
Format PDF
Harga PERCUMA!


PANDUAN PERNIAGAAN BAGI USAHAWAN

PANDUAN PERNIAGAAN USAHAWAN...
Diberikan percuma Bagi pelanggan pakej lengkap kami yang terdiri daripada panduan perniagaan seperti kedai kek,lanskap,tadika,cuci kereta,destop publishing,pencucian bangunan,jualan ikan,perusahaan jahitan dll
Format PDF
Harga PERCUMA!

Untuk sebarang tempahan, anda boleh membuatnya secara online dari sini. Untuk mengetahui cara pembayaran, Klik Sini. Untuk menempah, Klik Sini

PINJAMAN PERNIAGAAN

JENIS-JENIS PINJAMAN PERNIAGAAN YANG BOLEH USAHAWAN DAPATKAN :

1- SKIM TABUNG EKONOMI BELIA (STEB)

Pendahuluan

1.1
Tabung Ekonomi Belia telah bermula pada 1987 – 1996 yang dilaksanakan sendiri oleh KBS telah memberi peluang kepada usahawan belia mendapat pinjaman untuk menjalankan perniagaan. Pada tahun 1997, KBS telah membuat kerjasama pinjaman dengan BSNC. Walaubagaimanapun pinjaman di bekukan semenjak tahun 2002.

Usaha telah dibuat untuk mencairkan semula tabung ini, maka pada tahun 2006, Pihak Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri telah memberi persetujuan bahawa Skim Tabung Ekonomi Belia ini diteruskan dengan beberapa perubahan pelaksanaan kaedah pemberian pinjaman kepada para belia. (Ruj. Surat : (19 ) UPE.S 25/100/330 bertarikh 19 Januari 2006).
1.2

Pihak EPU menyarankan supaya :

  • Kementerian Belia dan Sukan menumpukan perhatian kepada usaha membimbing belia dalam bidang keusahawanan.
  • Urusan pemberian dan kelulusan pinjaman diuruskan oleh Institusi Kewangan yang dilantik oleh pihak kementerian.
1.3
Pada 27 April 2006, Skim Tabung Ekonomi Belia (STEB) telah dilancarkan oleh Y.B Dato' Azalina bt Dato' Othman Said, bekas Menteri Belia dan Sukan di Institut Latihan Keselamatan Sosial, ESSET Bangi, Selangor.



Nama Skim


Skim Tabung Ekonomi Belia ( STEB ) dibahagikan kepada 2 :-

  • Skim Belia Niaga (SBN)
  • Skim Belia Tani (SBT)



Tujuan Skim


Skim ini bertujuan menyediakan kemudahan pembiayaan kepada golongan belia yang menjalankan usaha niaga dalam pelbagai bidang. Kemudahan pembiayaan ini disediakan bagi memulakan dan menggembangkan perniagaan.



Agensi Pelaksana


Institusi Kewangan yang dilantik :

  • Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) – Skim Belia Niaga (SBN)
  • Agro Bank - Skim Belia Tani (SBT)



Had Pinjaman


Jumlah pinjaman yang dibenarkan bagi Skim Belia Niaga (SBN) dan Skim Belia Tani (SBT) yang disediakan adalah dari RM 5,000.00 hingga RM 50,000.00




Kategori Pemohon


  • Kategori 1 ( telah berniaga dan mempunyai sijil )

Telah menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya 6 bulan dan mempunyai sijil yang berkaitan.

  • Kategori 2 ( memulakan perniagaan dan mempunyai sijil )

Baru memulakan perniagaan dan telah mempunyai sijil yang berkaitan.




Kadar Bayaran Perkhidmatan


Kadar bayaran perkhidmatan yang dikenakan ialah 4% di atas baki pinjaman


Syarat Pinjaman


Golongan belia yang layak untuk mendapat kemudahan pinjaman adalah seperti berikut :

  • Warganegara yang menetap di Malaysia berumur antara 18 - 40 tahun. (Minimum umur pemohon adalah 18 tahun dan sebelum mencapai umur 41)
  • Tujuan permohonan adalah untuk memula dan mengembangkan perniagaan.
  • Permohonan pinjaman adalah secara individu dan menjalankan perniagaannya secara sepenuh masa.
  • Seorang sahaja antara suami atau isteri yang layak pada bila-bila masa untuk memohon pinjaman.
  • Setiap peminjam mestilah bebas dan bersih dari tindakan undang-undang.
  • Lulusan IKTBN/IKBN diberi keutamaan bagi memohon pinjaman untuk memulakan perniagaan.



Syarat-Syarat Penjamin


  • Pinjaman RM 5000.00 – RM 15,000.00 ; TIADA PENJAMIN

    • Peminjam menjadi penjamin kepada pinjaman tersebut. Peminjam akan dikenakan tindakan undang-undang jika ingkar untuk membayar balik pinjaman.
    • Peminjam tidak mempunyai rekod tindakan yang berkaitan dengan perhutangan atau seumpamanya.
  • Pinjaman RM 15,001.00 – RM 50,000.00 satu ( 1 ) orang penjamin ;
    • Penjamin digalakkan daripada kalangan ahli keluarga.
    • Penjamin mempunyai pendapatan tetap kasar ( termasuk elaun-elaun tetap) tidak kurang dari RM 800.00 sebulan .
    • Penjamin adalah adalah terdiri daripada kakitangan kerajaan atau swasta.
    • Penjamin yang bekerja disyarikat yang sama dengan pemohon tidak layak menjadi penjamin.
    • Tidak mempunyai rekod tindakan yang berkaitan dengan perhutangan atau seumpamanya.
  • Syarat khas :
    • Semua pegawai dan kakitangan yang sedang berkhidmat dengan Kementerian Belia dan Sukan adalah tidak layak menjadi penjamin.
  • Had menjamin :
    • Seseorang yang layak untuk menjadi penjamin tidak boleh menjamin lebih dari satu ( 1 ) orang peminjam pada satu-satu masa.



Permohonan Untuk Mendapat Pinjaman


  • Permohonan untuk mendapatkan pinjaman mestilah menggunakan borang permohonan pinjaman khas institusi kewangan yang dilantik oleh Kementerian Belia dan Sukan.
  • Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan lima ( 5 ) salinan kertas kerja dan dimajukan kepada Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) untuk cop pengesahan.
  • Salinan asal pinjaman hendaklah dimajukan terus kepada institusi kewangan yang dilantik.
  • Manakala tiga ( 3 ) salinan permohonan diserahkan kepada Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD). Satu ( 1 ) salinan adalah untuk simpanan pemohon.
  • Pegawai di Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) hendaklah memajukan satu ( 1 ) salinan masing – masing kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri dan Kementerian Belia dan Sukan (Cawangan Pembangunan Ekonomi), manakala satu ( 1 ) salinan untuk simpanan PBSD.
  • Borang permohonan yang lengkap dan kertas kerja mestilah dimajukan melalui institusi kewangan yang dilantik.
  • Hanya satu pinjaman SBN/SBT sahaja dibenarkan pada satu-satu masa.



Soalan-Soalan Lazim


i)
Soalan 1

Bagaimana saya mahu memohon pinjaman di bawah Skim Tabung Ekonomi Belia?


Jawapan 1


Pendaftaran permohonan boleh dibuat secara on-line melalui porta MPEB, www.mpeb.gov.my atau boleh dimuat turun secara manual melalui portal. Borang juga boleh didapati di Pejabat Belia dan Sukan Negeri dan daerah. Borang yang diisi secara manual hendaklah dikembalikan kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri/Daerah.



ii) Soalan 2

Apakah proses yang perlu dilalui untuk memohon pinjaman?


Jawapan 2

Terdapat 2 peringkat saringan iaitu ujian saringan dan kursus. Pemohon yang telah lulus ujian saringan akan dipanggil untuk menghadiri Kursus Asas Perniagaan ( untuk yang memyulakan perniagaan ) dan Kursus Bimbingan Rancangan Perniagaan ( bagi yang mahu menggembangkan perniagaan ). Selepas melalui saringan –saringan tersebut barulah pemohon layak untuk mendapat borang pinjaman.


iii) Soalan 3

Berapakah had minimum/maksimim untuk memohon pinjaman?


Jawapan 3

Dari RM 5,000 – 50, 000.00



iv) Soalan 4

Bila/dimanakan ujian saringan akan dibuat?


Jawapan 4

Ujian saringan diuat diperingkat negeri bertempat di Jabatan belia dan sukan negeri dan pihak tuan akan dihubungi oleh pegawai pembangunan ekonomi Jabatan Belia dan Sukan negeri. Ujian akan dibuat pada setiap minggu


v) Soalan 5

Berapa lamakah proses kelulusan pinjaman?


Jawapan 5

Setiap pemohonan akan mengambil masa selama 2 bulan setengah untuk diproses.


vi) Soalan 6

Apakah syarat-syarat penjamin ?


Jawapan 6

Setiap permohonan mesti mematuhi syarat seperti berikut :
1.
Mengemukakan dua (2) orang penjamin yang digalakkan daripada kalangan ahli keluarga.
2.
Setiap penjamin mempunyai pendapatan tetap kasar (termasuk elaun-elaun tetap) tidak kurang dari RM 1 ribu sebulan.
3.
Tidak mempunyai rekod tindakan yang berkaitan dengan perhutangan atau seumpamanya.


Syarat khas

Semua pegawai dan kakitangan yang sedang berkhidmat dengan Kementerian Belia dan Sukan adalah tidak layak menjadi penjamin.


Had menjamin

Seseorang yang layak untuk menjadi penjamin tidak boleh menjamin lebih dari dua ( 2 ) orang peminjam pada satu-satu masa.


vii) Soalan 7

Saya telah menjalankan perniagaan dan mempunyai diplom/ijazah dalam bidang perniagaan, perlukah saya mengikuti kursus rancangan perniagaan ?

Jawapan 7

Bagi pemohon yang telah lulus ujian saringan, dan mempuyai ciri-ciri berikut dikecualikan daripada mengikuti kursus bimbingan rancangan perniagaan.

1.
Telah menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya 6 bulan dan mempunyai sijil yang berkaitan – Tidak perlu mengikuti kursus dan layak memohon pinjaman.
2.

Telah mengikuti Kursus Rancangan Perniagaan atau berkaitan yang dianjurkan oleh Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Keusahawanan), di Batu Gajah Perak di bawah KBS atau mana-mana agensi kerajaan dan swasta yang diiktiraf.

3.
Lulusan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) atau Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan telah menjalankan perniagaan yang berkaitan.
4.
Mempunyai kelulusan peringkat diploma/ijazah dan telah menjalankan perniagaan dalam bidang berkaitan atau mempunyai kelulusan peringkat diploma/ijazah dalam bidang perniagaan dan telah menjalankan perniagaan.
5. Telah mengikuti program inkubator anjuran mana-mana agensi kerajaan.




viii) Soalan 8

Saya berminat untuk memohon pinjaman bagi memulakan perniagaan, bagaimanakah saya boleh memohon pinjaman ?


Jawapan 8

Untuk makluman, permohonan pinjaman adalah kepada belia yang sudah menjalankan perniagaan secara sepenuh masa. Bagi yang baru merancang untuk memulakan perniagaan, pemohon akan dipanggil untuk mengikuti kursus Asas Perniagaan dan selepas itu digalakkan untuk memulakan perniagaan sendiri sebelum layak memohon pinjaman.



2- PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD (PUNB)

Skim PROSPER Siswazah



Latarbelakang

Peluang untuk siswazah muda Bumiputera menceburi diri dalam bidang perniagaan dan menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan masih terbuka luas. Menyedari keadaan ini, PUNB mengalu-alukan siswazah muda Bumiputera untuk menjadi seorang usahawan dan menyumbang ke arah pembentukan golongan usahawan Bumiputera yang berintelek.

Sehubungan itu, kami menyediakan pakej keusahawanan khas PROSPER Siswazah yang bertujuan untuk mendorong, membimbing dan membangun siswazah muda Bumiputera untuk menceburi bidang keusahawanan khususnya dalam sektor peruncitan.

Objektif
  • Menyediakan kemahiran dan pengetahuan kepada siswazah muda Bumiputera untuk menceburi bidang perniagaan, khususnya perniagaan runcit dan pengedaran.
  • Membantu siswazah muda Bumiputera memulakan perniagaan runcit dan pengedaran melalui mekanisma pembangunan yang teratur dan sistematik.

Skim PROSPER Siswazah

I) Kemudahan Pinjaman.

PROSPER Siswazah menyediakan 2 jenis pakej pinjaman yang berlandaskan prinsip Qard Al-Hasan.Pakej-pakej pinjaman ini adalah;

Pakej A
Menyediakan pinjaman dari RM 5,000 sehingga RM 50,000 untuk perniagaan tunggal, perkongsian atau Sdn Bhd. Usahawan perlu menyumbang modal minimum sebanyak RM 500 untuk satu projek. Tempoh pembayaran balik pinjaman ialah dari 3 sehingga 7 tahun.

Pakej B
Menyediakan pinjaman dari RM 50,001 sehingga maksimum RM 100,000 untuk perniagaan perkongsian atau Sdn Bhd. Setiap usahawan perlu menyumbang modal minimum sebanyak RM 500 untuk satu projek. Tempoh pembayaran balik pinjaman ialah dari 5 sehingga 7 tahun.


II) Perkhidmatan Perniagaan

Pakej pinjaman A dan B ini merangkumi perkhidmatan perniagaan yang menyediakan khidmat pra-operasi perniagaan,pemantauan akaun, khidmat nasihat perniagaan dan latihan sepanjang tempoh pembiayaan dan bayaran yang berpatutan akan dikenakan kepada usahawan.

Syarat Kelayakan

Siswazah sasaran
· Siswazah Bumiputera yang memiliki sekurang-kurangnya diploma daripada institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan.
· Berumur tidak lebih dari 33 tahun pada tarikh pendaftaran.
· Setiap usahawan dapat membiayai modal minimum sebanyak RM 500
. Sanggup mengikuti kesemua program yang ditentukan oleh PUNB.

Perniagaan
· 100% milik usahawan Bumiputera dan diuruskan sendiri oleh usahawan
· Perniagaan baru atau peringkat perkembangan

Skop perniagaan

· Runcit
· Pengedaran
· Jualan Terus dan Stokis
· Teknologi Maklumat & Telekomunikasi
· Perkhidmatan Profesional
· Industri Desa berasaskan Pertanian
· Perkhidmatan dari Rumah
· Perkhidmatan Pendidikan

Proses Permohonan
  1. Peserta mendaftar melalui Borang PROSPER
  2. Peserta menghadiri Sesi Kesesuaian Keusahawanan
  3. Peserta hadiri kursus Rancangan Perniagaan selama 3 hari ( yuran : RM50.00)
  4. Peserta membentangkan Rancangan Perniagaan
  5. Kelulusan pembiayaan
  6. Peserta menghadiri Kursus Asas Keusahawanan selama 4 hari.

Pemohon hendaklah menghantar cadangan perniagaan ke:

Sekretariat PROSPER
PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD
Tingkat 10, Blok 1B
Plaza Sentral
Jalan Stesen Sentral 5
KL Sentral
50470 Kuala Lumpur

atau

Emel : prosper_siswazah@punb.com.my


kim PROSPER Runcit




Pakej Keusahawanan PROSPER Runcit merangkumi :
1. Pembiayaan Perniagaan A & B berasaskan Syariah
2. Kemahiran Keusahawanan

1. PEMBIAYAAN PERNIAGAAN BERASASKAN SYARIAH

a) Pakej A - Pembiayaan daripada RM70,000 sehingga RM200,000

i. Pembiayaan Perniagaan
Pakej ini, menawarkan pinjaman yang berlandaskan Qard Al-Hassan, di mana peminjam perlu memulangkan segala wang pokok secara berjadual. Melalui pakej ini, usahawan perlu menyumbang sekurang-kurangnya 10% manakala PUNB menyediakan pinjaman sehingga 90% dari keseluruhan kos projek tertakluk kepada had maksimum RM200, 000.

prosper_bm_calcth3.gif

ii. Perkhidmatan Perniagaan
Selain daripada pembiayaan, Pakej A juga merangkumi perkhidmatan perniagaan yang menyediakan khidmat pra operasi perniagaan, pemantauan akaun dan khidmat nasihat perniagaan. Perkhidmatan ini dikenakan caj yang berpatutan kepada usahawan.

b) Pakej B - Pembiayaan daripada RM200,001 sehingga RM1,000,000

i. Pembiayaan Perniagaan
Pakej ini menawarkan pembiayaan terhad kepada RM1 juta melalui Musyarakah Mutanasiqah (suntikan eukiti), Bai Al Inah (BAI), Bai Bithanam Ajil (BBA) dan/atau mana-mana instrumen pembiayan bergantung kepada keperluan perniagaan yang dicadangkan. (Struktur syarikat mestilah Sendirian Berhad kecuali untuk stesen minyak)

Dalam projek ini, jika usahawan hanya menyumbang keperluan modal permulaan sebanyak 10%, PUNB akan menyuntik ekuitinya sebanyak 10% untuk menjadikan jumlah ekuiti syarikat sekurang-kurangnya 20% daripada kos projek dan selebihnya adakan dibiayai melalui BAI atau BBA atau instrumen pembiayaan lain yang bersesuaian.

prosper_bm_calcth1.gif

Tetapi jika usahawan dapat menyumbang keperluan modal permulaan sebanyak 20%, maka baki kos projek tersebut sebanyak 80% akan dibiayai oleh PUNB melalui BAI atau BBA atau instrumen pembiayaan lain yang bersesuaian.

prosper_bm_calcth2.gif


ii. Pakej Pinjaman & Perkhidmatan
Selain daripada pembiayaan, Pakej B juga merangkumi perkhidmatan perniagaan yang menyediakan khidmat pra operasi perniagaan, pemantauan akaun dan khidmat nasihat perniagaan.

2. KEMAHIRAN KEUSAHAWAN

PUNB juga menawarkan kursus-kursus berkaitan dengan kemahiran keusahawanan seperti kursus kesedaran dan motivasi keusahawanan, pembangunan pengurusan, kemahiran pemantauan operasi dan tadbir urus korporat dari semasa ke semasa.

BIDANG PERNIAGAAN
PROSPER Runcit menawarkan peluang perniagaan runcit dalam bidang-bidang seperti berikut:

  • Kedai emas
  • Pengusaha stesen minyak
  • Bengkel baik pulih kenderaan
  • Klinik pakar/ perubatan/ gigi/ haiwan
  • Kedai tekstil & pakaian
  • Kedai cermin mata/ optik
  • Firma arkitek/ akauntan/ guaman dan lain-lain firma professional yang diiktiraf oleh kerajaan
  • Kedai logam & bahan binaan
  • Farmasi
  • Penjualan makanan
  • Kedai kasut/ barangan kulit
  • Kedai kosmetik & kecantikan
  • Kedai aksesori wanita
  • Kedai peralatan komputer/ telekomunikasi & IT
  • Kedai buku & alatulis
  • Kedai herba dan ubatan tradisional
  • Peralatan sukan dan rekreasi
  • Kedai elektrik & elektronik
  • Kedai runcit/ pasar mini
  • Lain-lain perniagaan yang bersesuaian


SYARAT KELAYAKAN

Usahawan

  • Bumiputera
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Mempunyai ciri - ciri keusahawanan unggul seperti kejujuran, keyakinan diri, berdaya tahan, berfikiran positif, kreatif dan disiplin diri yang tinggi
  • Sanggup mengikuti kursus - kursus yang dikenal pasti
  • Mempunyai rekod yang baik dengan institusi kewangan
  • Sanggup bekerja sepenuh masa
  • Membiayai sekurang - kurangnya 10% daripada jumlah kos projek

Perniagaan

  • Bidang peruncitan
  • Perniagaan 100% milik Bumiputra
  • Perniagaan yang berdaya maju dengan pembiayaan tidak melebihi RM 1 juta
  • Perniagaan yang tidak mempunyai bantuan kewangan dari institusi kewangan yang mengambil cagaran ke atas sebahagian aset syarikat
  • Lokasi perniagan telah dikenal pasti

Proses Permohonan
Proses pendaftaran dan kelulusan pembiayaan projek adalah seperti berikut;

proces_pembiayaan.jpg


Cara Memohon

Borang pendaftaran boleh didapati daripada Sekretariat PROSPER secara percuma atau daftarlah secara talian terus (online) melalui laman portal ini. Borang yang diisi dengan lengkap perlu dihantar kepada:

Sekretariat PROSPER
PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD
Tingkat 10, Blok 1B
Plaza Sentral
Jalan Stesen Sentral 5
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

atau



3- BANK PERTANIAN:


Skim Usahawan Tani Komersil Siswazah (SUTKS)

Mengurangkan kadar pengangguran di kalangan siswazah dan mewujudkan siswazah tani komersil

Had Pinjaman
Tidak melebihi RM50,000.00

Tempoh Pinjaman
Sehingga 6 Tahun

Projek
Semua Aktiviti Pengeluaran Pertanian Komersil dalam bidang Huluan dan Hiliran (Projek jangka pendek dan sederhana ; 1-5 tahun)

Kadar Faedah
3% setahun atas baki bulanan

“Siswazah Tani Moden”



KOLEKSI KERTAS KERJA TERBARU BARU SAMPAI !!

KOLEKSI KERTAS KERJA PINJAMAN (VOLUME II)

saiz File : 82.2 MB



TERBARU !!

KOLEKSI KERTAS KERJA PINJAMAN PERNIAGAAN ( VOLUME II)

ISI KANDUNGAN :

koleksi kertas kerja pinjaman bagi :

  1. Kedai Dobi (1) : MARA
  2. Kedai Dobi (2) : Loan RM 25,000
  3. Penanaman Buah Naga
  4. Pertanian: Tanaman Sayuran
  5. Ikan Keli : Kolam
  6. Kedai Jahitan
  7. butik Pakaian : PUNB
  8. Cyber Cafe & Komputer Reseller : TERBARU
  9. Frozen Food
  10. butik Kecantikan : STEB
  11. Perusahaan Makanan Coklat
  12. Kertas kerja bagi syarikat international
  • Lembaran kerja penyata untung rugi, aliran tunai dll
  • Format kertas kerja dan rancangan perniagaan

Koleksi kami adalah contoh kertas kerja yang sempurna dan lengkap dari A-Z

anda boleh terus edit

Didatangkan dalam bentuk e-book dan CD

Format WORD /EXCELL
Harga RM49.90


Wednesday, May 14, 2008

CARA PEMBAYARAN

LANGKAH :

  1. Membuat pembayaran mengikut tempahan anda. Bayaran boleh dibuat ke akaun MayBank atau CIMB kami mengikut kaedah yang dinyatakan di atas.

  2. Sila hantar SMS secepat mungkin ke 0139506066. Sila SMSkan nama, tarikh bayaran,masa bayaran,jumlah bayaran berserta Bank dan email anda. Contoh : Ali, 3.10.07, 1525, 49.90 maybank, ali@yahoo.com

  3. Serta sahkan pembayaran anda dengan mengisi borang pengesahan kami. Borang pengesahan akan dihantar ke email anda sebaik sahaja anda selesai membuat tempahan.

  4. Dalam masa 10 minit, kami akan menghantar e-book ke e-mail anda.

  5. Bagi pembayaran menggunakan intergiro Bank, sila attachkan slip anda dan emailkan kepada kami.

Email : admin@rancanganperniagaan.net


MayBank2U.com

Pembayaran boleh dibuat secara ONLINE TRANSFER, CASH DEPOSIT, KAUNTER

No Akaun : 156132547231

ISMAIL BIN MAT GIAL




CIMB E-CHANNEL

Pembayaran boleh dibuat secara ONLINE TRANSFER, CASH DEPOSIT, KAUNTER

No Akaun : 06080074811528

ISMAIL BIN MAT GIAL

PRODUK KAMI

SENARAI PRODUK KAMI:

PRODUK DAN PERKHIDMATAN KAMI
  • E-Book
  • Perisian Perakauanan
  • Perkhidmatan Percukaian
  • Perkhimatan Menyediakan Kertas Kerja/Rancangan Perniagaan.

# CD KOLEKSI KERTAS KERJA PINJAMAN PERNIAGAAN PERNIAGAAN

CD ini boleh didapati secara terus dari kami. penghantaran melalui pos laju atau melalui COD bagi yang berdekatan. harga CD bagi pakej lengkap ialah RM49.90
dan bayaran penghantaran RM5.00 memandangkan kadar semasa POs laju RM5.20

KANDUNGAN CD:

ADI APER YANG ANDA AKAN DAPAT DENGAN HANYA MEMBAYAR RM49.90?
  • e-book dan pandauan contoh rancangan perniagaan
  • panduan dan format rancangan perniagaan @kertas kerja pinjaman
  • contoh kertas kerja pinjaman :
    • Printing @ sulaman
    • Bakery
    • computer hardware reseller (2)
    • internet cafe
    • pembelian mesin sulaman (embroidery) -RM118,000.00-word
    • Pembelian mesin perkilangan makanan ringgan- RM123,000.00 -word
    • Pertenakan kambing dan ikan keli
    • pertenakan Lembu
    • Francais Penanaman Pisang
    • Koperasi
    • Cendawan
    • salun - Word
    • Butik -PDF
    • pertanian : penanaman Sayuran

  • contoh terbaru kertas kerja yang baru diluluskan oleh bank Pembangunan (SME Bank) dalam bentuk word
  • Worksheet Borang MARA bawah 50k/Cth borang yang telah siap diisi
  • Contoh kertas kerja MARA bagi pinjaman atas RM100,000.00
  • PERISIAN PERAKAUNAN DALAM BENTUK EXCELL BAGI USAHAWAN @ PANDUAN PERCUKAIAN INDIVIDU
  • Worksheet @ lembaran kerja bagi bahagian projectioan dalam bentuk excell
  • Panduan perniagaan bagi : kedai kek,car wash, lanskap dan tadika
TIDAKKAH INI CUKUP BERBALOI DENGAN WANG ANDA??

Lebih Lanjut...


selain dalam bentuk cd produk kami juga di datangkan dalam bentuk E-book.
e-book ini dalam bentuk word,excell dan PDF.
Dalam masa 5 minit selepas menerima bayaran dari anda anda boleh terus download dari website kami atau e-mail.
kaedah ini paling cepat dan berkesan.
anda tidak perlu tunggu lama untuk mendapatkkan produk kami

MAKSUD DAN KEGUNAAN RANCANGAN PERNIAGAAN


RANCANGAN PERNIAGAAN: PENGENALAN


Selepas mengenal pasti dan memilih satu peluang perniagaan yang sesuai, usahawan perlu membuat perancangan yang teratur supaya perniagaan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan dan sumber-sumber perniagaan dapat digunakan dengan lebih cekap. Selepas memilih satu peluang perniagaan, langkah seterusnya ialah menyediakan sebuah rancangan atau pelan perniagaan yang lengkap. Apakah yang dimaksudkan dengan rancangan perniagaan? Rancangan perniagaan adalah sebuah dokumen bertulis yang menerangkan perkara yang berkaitan dengan perniagaan yang hendak dilaksanakan. Dokumen tersebut mengandungi maklumat yang berkaitan dengan produk atau perkhidmatan yang hendak ditawarkan serta perancangan terperinci mengenai aspek pemasaran, pengurusan, operasi dan rancangan kewangan perniagaan. Rancangan perniagaan sering juga dikenali sebagai kertas projek atau kertas kerja.


Kepentingan Rancangan Perniagaan


Salah satu kepentingan menyediakan rancangan perniagaan ialah untuk menilai sama ada peluang perniagaan yang ingin diterokai berdaya maju atau sebaliknya. Penilaian sesuatu peluang perniagaan perlu diasaskan kepada fakta dan maklumat terkini. Banyak perniagaan gagal selepas beberapa tahun dilaksanakan. Ini disebabkan oleh kegagalan pengusaha menyediakan rancangan perniagaan yang berkesan. Dalam apa jua bidang perniagaan yang ingin diceburi, penyediaan rancangan perniagaan yang lengkap merupakan langkah yang sangat penting. Seringkali dikatakan bahawa jika seseorang berhasrat untuk memulakan sebuah perniagaan tetapi gagal untuk membuat perancangan, sebenarnya dia merancang kegagalannya sendiri dalam perniagaan tersebut. Kepentingan menyediakan rancangan perniagaan secara bertulis atau dalam bentuk dokumen seringkali diabaikan oleh usahawan kecuali apabila diperlukan untuk memohon pembiayaan. Sebab itu dokumen ini sering dikaitkan dengan permohonan pinjaman daripada bank atau institusi kewangan. Keperluan menyediakan dokumen ini dilihat sebagai memenuhi syarat permohonan sahaja. Tanggapan ini menyebabkan kebanyakan usahawan sukar menilai kepentingan dan keperluan menyediakan sebuah rancangan perniagaan. Setelah permohonan mereka diluluskan (atau mungkin ditolak) dokumen tersebut tidak lagi dirujuk untuk melaksanakan projek yang dirancang. Besar kemungkinan ini berlaku kerana dokumen tersebut disediakan oleh pihak lain yang dibayar perkhidmatannya. Oleh yang demikian maklumat yang terkandung dalam rancangan perniagaan berkenaan tidak menggambarkan hasrat sebenar usahawan. Sebaliknya ia cenderung untuk mempengaruhi dan meyakinkan pihak penilai untuk meluluskan permohonan pinjaman atau pembiayaan. Rancangan perniagaan bukan sahaja penting untuk tujuan memohon pembiayaan kewangan tetapi dokumen ini juga disediakan untuk tujuan-tujuan berikut:


1. Rancangan perniagaan sebagai pelan atau “peta” yang diperlukan bagi mengendalikan aktiviti perniagaan. Dokumen ini membantu usahawan mengkaji semula atau mengubahsuai aktiviti dan halatuju yang telah ditetapkan semasa memulakan dan mengendalikan perniagaan.


2. Sebagai panduan untuk mengurangkan risiko kegagalan perniagaan dengan membuat nggaran dan perkiraan hasil dan kos yang terlibat dalam perniagaan yang dirancang. Oleh itu, usahawan akan mengkaji dan menilai sesebuah rancangan perniagaan (berasaskan maklumat terkini) sebelum membuat keputusan untuk memulakannya. Secara tidak langsung penyediaan rancangan perniagaan memerlukan usahawan mengumpul maklumat terkini dalam pasaran.


3. Rancangan perniagaan juga disediakan untuk mengira jumlah modal atau wang yang diperlukan bagi memulakan atau mengembangkan perniagaan. Oleh itu, penyediaan dokumen ini dapat membantu usahawan mengenal pasti jumlah modal permulaan dan sumber pembiayaan yang diperlukan.


4. Penyediaan rancangan perniagaan membantu usahawan memahami dengan mendalam mengenai bidang perniagaan yang bakal diceburi. Usahawan perlu mengetahui setiap aspek pengurusan perniagaan seperti pemasaran, pentadbiran, operasi dan kewangan.


5. Rancangan perniagaan juga merupakan dokumen yang boleh digunakan untuk mengawal kegiatan perniagaan. Ini dapat membantu usahawan membandingkan pencapaian sebenar dengan apa yang telah dirancang sebelum ini. Ramai usahawan berasa ragu atau enggan menyediakan rancangan perniagaan kerana beranggapan ianya satu kerja rumit dan remeh, dan beranggapan perniagaan atau projek boleh terus dijalankan tanpa perlu didokumenkan. Walau bagaimanapun, adalah lebih mudah untuk merujuk semula rancangan perniagaan yang ditulis secara teratur (walaupun ringkas) berbanding ‘perancangan’ yang bergantung kepada daya ingatan semata-mata.


Pembaca Sasaran Rancangan Perniagaan


Memahami sasaran pembaca rancangan perniagaan adalah penting. Ini bertujuan untuk memastikan rancangan perniagaan yang disediakan dapat meyakinkan pembaca yang disasarkan. Pembaca sasaran merujuk kepada pihak yang akan menggunakan rancangan perniagaan berkenaan untuk tujuan-tujuan khusus. Antara pihak yang disasarkan adalah seperti berikut:


  1. Usahawan


Pembaca atau pengguna utama rancangan perniagaan ialah usahawan. Sebagai pengusaha atau pemilik perniagaan usahawan perlu mengetahui selok-belok projek yang bakal dilaksanakan dengan terperinci. Oleh itu, penyediaan rancangan perniagaan dapat membantu usahawan merancang dan membuat keputusan dengan lebih berkesan. Di samping itu usahawan juga dapat menilai daya maju projek dari aspek pemasaran, pentadbiran, operasi dan kewangan.


  1. Pelabur


Usahawan mungkin memerlukan pihak lain untuk melabur dalam projek yang dirancang. Pihak-pihak tertentu seperti pemodal teroka atau pelabur persendirian perlu diyakinkan agar mereka berminat untuk berkongsi keuntungan dengan membuat pelaburan dalam perniagaan tersebut. Lazimnya mereka meneliti rancangan perniagaan untuk menilai sama ada perniagaan tersebut mampu memberi pulangan yang baik terhadap pelaburan yang bakal dibuat.


  1. Bank


Bank dan institusi kewangan lain merupakan pihak yang boleh membantu usahawan memperoleh pembiayaan bagi melaksanakan projek perniagaan yang dirancang. Sebagai pembiaya, bank dan institusi kewangan memerlukan maklumat berhubung kedudukan kewangan perniagaan dari aspek kecairan wang tunai dan keuntungan perniagaan. Kecairan tunai dan keuntungan dapat memastikan kelangsungan perniagaan dan kemampuan perniagaan untuk membayar balik pinjaman yang dipohon. Oleh itu, pihak bank dan institusi kewangan perlu meneliti dan menilai rancangan perniagaan untuk memastikan perniagaan yang dirancang berdaya maju dan berkemampuan untuk membayar balik pinjaman.


  1. Pembekal Kredit


Lazimnya, agak sukar bagi sebuah perniagaan baru untuk mendapatkan kemudahan bekalan bahan secara kredit daripada pembekal. Bagaimanapun, terdapat pembekal yang bersedia untuk menawarkan kemudahan ini jika usahawan dapat meyakinkan mereka tentang kemampuannya untuk membayar balik hutang dalam tempoh yang ditetapkan. Oleh itu, rancangan perniagaan dapat membantu usahawan meyakinkan pembekal mengenai kemampuan perniagaan untuk membayar balik hutang tersebut.


  1. Pihak lain


Rancangan perniagaan juga dapat meyakinkan pihak-pihak lain mengenai daya maju perniagaan yang dirancang. Sebagai contoh, pihak yang menawarkan tender untuk bekalan sesuatu produk atau perkhidmatan memerlukan maklumat mengenai kemampuan usahawan untuk membekal produk atau perkhidmatan tersebut. Usahawan perlu menyediakan rancangan perniagaan yang membentangkan maklumat yang boleh meyakinkan pihak yang mengeluarkan tender tersebut. Di samping itu, rancangan perniagaan juga boleh menarik minat pekerja yang berkebolehan untuk berkhidmat dengan usahawan. Kebanyakan perniagaan bersaiz kecil dan sederhana menghadapi masalah mendapatkan pekerja yang berkebolehan. Pekerja lebih berminat untuk berkhidmat dengan perniagaan besar kerana kebanyakan mereka beranggapan bahawa perniagaan besar mempunyai kedudukan kewangan yang teguh dan masa hadapan yang lebih baik berbanding perniagaan kecil dan sederhana. Oleh itu, rancangan perniagaan boleh meyakinkan bakal pekerja mengenai prestasi dan kedudukan kewangan perniagaan pada masa hadapan.



Penulisan Rancangan Perniagaan


Sebuah rancangan perniagaan lazimnya disediakan atau ditulis mengikut format yang telah diterima umum. Isi kandungan rancangan perniagaan merangkumi perkara-perkara utama iaitu aspek pemasaran, operasi, pengurusan dan kewangan. Bagaimanapun, bilangan halaman sesebuah rancangan perniagaan bergantung kepada jenis atau bentuk perniagaan yang hendak dijalankan. Ringkasnya, rancangan perniagaan perlu membentangkan semua maklumat penting mengenai perniagaan yang dirancang bagi meyakinkan pihak yang membaca, tetapi tidak terlalu panjang sehingga membosankan pembaca. Tiada peraturan khusus yang ditetapkan berhubung jumlah halaman sesebuah rancangan perniagaan. Namun begitu, Small Business Administration (SBA) di Amerika Syarikat mencadangkan, secara purata, sebuah rancangan perniagaan yang berkesan mengandungi 30 hingga 40 halaman, termasuk lampiran dan dokumen-dokumen sokongan.


Siapakah yang sepatutnya menulis rancangan perniagaan berkenaan? Rancangan perniagaan boleh ditulis sama ada oleh usahawan atau pakar perunding. Sebelum menentukan sama ada rancangan perniagaan perlu ditulis sendiri oleh usahawan atau menggunakan khidmat pakar perunding, kebaikan dan keburukannya wajar dipertimbangkan. Menggunakan khidmat pakar perunding mungkin dapat menjimatkan masa dan tenaga, namun isi kandungan rancangan perniagaan yang disediakan belum pasti bertepatan dengan hasrat dan kemampuan sebenar usahawan. Untuk menyediakan sebuah rancangan perniagaan yang baik, seorang pakar perunding mungkin terpaksa mendapatkan maklumat terperinci daripada usahawan dan ini akan mengambil masa yang lama. Oleh itu, adalah lebih baik jika usahawan sendiri yang menyediakan rancangan perniagaannya sendiri. Faedah utama menyediakan rancangan perniagaan sendiri ialah ‘memaksa’ usahawan untuk mencari maklumat terkini dan mengetahui semua aspek yang membabitkan perniagaan yang dirancang. Masa dan tenaga yang disumbangkan dalam penyediaan rancangan perniagaan tidak merugikan kerana usahawan berpeluang mempelajari lebih mendalam selok-belok perniagaan yang bakal dilaksanakan. Walau bagaimanapun, khidmat pakar perunding boleh digunakan untuk meneliti dan menilai rancangan perniagaan yang telah disediakan oleh usahawan. Ini bertujuan membantu usahawan mengenal pasti beberapa aspek yang perlu diperbaiki sebelum dinilai oleh pihak pembiaya. Namun begitu yuran perkhidmatan yang perlu dibayar kepada perunding mungkin membebankan usahawan kerana kebanyakan usahawan jarang membuat peruntukan terhadap perbelanjaan ini.

SELAMAT DATANG KE BLOG KERTAS KERJA





PENGENALAN

Ar Royyan Management Services di tubuhkan pada 01.07.2006 . Ar Royyan diuruskan sepenuhnya oleh bumiputera dan diuruskan oleh para graduan IPTA tempatan berkelulusan perakaunan, Selaras dengan kemodenan arus teknologi, Ar Royyan menyediakan perkhidmatan yang melibatkan perakaunan, kesetiausahaan syarikat, percukaian, insurans am dan khidmat nasihat perniagaan, pembaruan daftar niaga, urusan berkaitan JPJ, pengurusan rekod SOCSO &KWSP,Persuruh jaya sumpah ,penyediaan kertas cadangan pinjaman bank/MARA dll.

Selaras dengan kemelesetan ekonomi dan peningkatan kos, ia telah menyebabkan banyak syarikat mencari jalan yang efektif untuk menghadapi cabaran yang getir di dalam mengharungi dunia perniagaan. Keadaan ini menyebabkan syarikat terpaksa mengawal perbelanjaan secara berkesan.

Firma kami menawarkan khidmat nasihat kewangan dengan pakej yang berpatutan bagi syarikat yang mencari jalan alternatif untuk meminimakan kos dan perbelanjaan syarikat di dalam menguruskan syarikat tanpa menjejaskan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan. Dengan menggunakan "Just-in-time talent”, kami menyediakan apa yang anda inginkan dan hanya pada masa yang anda perlukan.



PERKHIDMATAN PROFESSIONAL

Ar Royyan terlibat di dalam aktiviti pengurusan dan khidmat korporat seperti berikut

1.Perkhidmatan Perakaunan

Perkhidmatan perakaunan kami terdiri daripada:

  • Simpankira: penyata penyesuaian bank, jejak audit, imbangan duga, penyata untung rugi, penerimaan tunai & pembayaran dan cukai

  • Menyediakan lejer am dan penyata kewangan,· Menyemak penyata kewangan,· Menyediakan Penyata Kewangan Jangkaan,· Analisa aliran tunai· Analisa belanjawan· Menyediakan borang retan cukai

  • Membentuk dan menilai system kawalan perakaunan dan aliran kerja
    Kami menyediakan kepada anda laporan kewangan pengurusan yang terperinci secara bulanan/sukuan/tahunan yang menunjukkan keuntungan serta analisa jualan yang membolehkan pihak syarikat anda mengurus operasi syarikat secara lebih efektif.


2. Perkhidmatan Percukaian

Perkhidmatan percukaian kami meliputi:

  • Pengisian borang cukai B/BE/P /C DLL

  • Pengisian borang EA

3. Penyediaan Kertas Cadangan Pinjaman Bank/MARA

4. Insurans Am

  • Perkhidmatan pembarauan cukai jalan dan insurans kenderaan bermotor
  • Insurans pekerja
  • Pertukaran hak milik kenderaan
  • Urusan berkaiatan JPJ

5.Pengurusan rekod SOCSO & KWSP


MENGAPA MEMILIH KAMI?

Kami menawarkan perkhidmatan profesional yang kos-efektif, berkualiti tinggi kepada anda melalui:

  • Dikendalikan oleh profesional bumiputera yang berkelayakan dan berpengalaman di dalam bidang tertentu.

  • Melaksanakan sistem dan proses berdasarkan keperluan dan kehendak pelanggan.

  • Penggunaan sistem berkomputer di dalam mengendalikan perkhidmatan perakaunan, kewangan dan urusan sumber manusia.

  • Kadar yang kompetitif selaras dengan pengalaman dan khidmat profesional.

  • “One-stop centre” di dalam menyediakan perkhidmatan perakaunan, pengauditan, setiausaha syarikat, percukaian ,insurans am,dan khidmat sumber manusia.

sila sms atau hubungi kami :

013 9506066/09 3553673


NOR HALIZATUL ADAWIAH BT MAMAT

PENGURUS CUM ACCOUNT MANAGER